A princess's diary in her dungun's palace ..part 3
Hari ni aku baru berpeluang untuk menulis blog semula...hehe...setelah beberapa lama pergi mengembara melihat kejadian alam Allah yang menakjubkan...banyak yang aku pelajari daripada percutian kali ni...
pertamanya..syukur ke hadrat Allah kerana blog aku akhirnya telah di ikuti oleh 15 orang pembaca...aku mula tulis blog semenjak 6 tahun lepas...dan sekarang baru nampak hasilnya..
terima kasih kepada pembaca2 yang aku sayangi...aku tulis blog ni hanyak untuk berkongsi pengalaman dan misi aku adalah berbekalkan ilmu dan pengalaman aku ni,dapatlah kita semua mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.
aku juga ingin berkongsi suka duka kehidupan sebenar seorang manusia...walaupun aku ni hanya seorang wanita kerdil di kalangan berbillion2 lagi manusia di alam nih...namun,aku yakin...cerita kehidupan aku ni boleh menjadi panduan dan tatapan umum...
cita-cita aku adalah untuk melahirkan satu generasi manusia yang dapat hidup senang di masa depan..seperti satu zaman khalifah islam di mana rakyat2nya sangat kaya sehingga seorang pun tidak perlu memakan wang zakat.
aku rasa generasi begitu boleh terjadi jika masing2 sedar akan tanggungjawab sendiri iaitu berkongsi ilmu antara satu sama lain.
lusa aku akan terbang semula ke ireland.... rasa sedih yang teramat sgt sbb aku kene tinggalkan tunang aku....hasrat untuk berkahwin dalam bulan ni terpaksa di tunda kerana ada beberapa papers lagi yg fail...namun,aku kuatkan diri dengan banyak membaca buku2 motivasi dan berdoa agar Allah terus memberikan aku semangat untuk meneruskan semua ni..
insyaAllah..berkat kesabaran ini....maka akan dikurniakan kenikmatan di kemudian hari...aku sepatutnya bersyukur kerana iman ku sedang di uji.....jika aku melepasi ini,aku harap ganjaran yang baik menantiku di sana...insyaAllah
p/s: Ujian itu meningkatakan iman dan mematangkan diri...aku bersyukur kerana di uji semasa usiaku masih lagi muda..... :)
aja2 fighting!!




0 comments:
Post a Comment