FUngsi badan manusia 1
Manusia terdiri daripada dua unsur.Pertama adalah roh.Kedua adalah jasad.Adakah roh itu sendiri pun dikawal oleh jasad ?..Apakah roh?...Cara berfikir?Emosi?IQ?Mood?.Dalam satu kajian, kemurungan terjadi kerana terdapat kekurangan serotonin iaitu satu neurotransmitter dalam badan manusia yang mengawal emosi.Oleh itu boleh kah kita tafsirkan apekah yang dikatakan sebagai roh itu adalah produk daripada jasad kita sendiri iaitu arahan yang diterima oleh tubuh kita daripada chromosome kita yang berjumlah 23 pasang kesemuanya?
Jasad manusia terjadi dalam rahim ibunya setelah sperma dan ovum bertemu dan disenyawakan.Senyawa tu bahasa pasar untuk fertilization.Itulah mulanya kejadian seorang manusia.Dalam setiap sel badan manusia terdapat 46 chromosomes yang bertugas sebagai acuan untuk menghasilkan setiap inci badan manusia daripada sekecil-kecil sel kepada sebesar-besar organ.Mungkin cara manusia berfikir juga dikawal oleh chromosome ini.Terdapat satu kajian yang dilakukan oleh Univ aku di mana kajian tu menghubungkaitkan antara struktur kromosom dan cara manusia berfikir seterusnya sifat dan sikap seseorang manusia.
Jika kajian itu dapat membuktikan yang kromosom manusia mengawal perasaan dan cara manusia berfikir,dapat lah kita simpulkan bahawa fikiran (thought) seorang manusia itu adalah diwarisi daripada kedua ibu dan bapanya.Oleh itu boleh lah kita tafsirkan juga kecerdikan seseorang itu dapat diwarisi?
Kecerdikan tidak boleh diukur dengan sekeping ijazah sahaja.Ini kerana tak semua orang mampu untuk membayar yuran universiti.Contoh terdekat ialah seorang wanita yang hanya lulus SPM dapat membuka satu perniagaan yang berjaya.Mungkin pada masa wanita itu habis spm,dia tidak ada wang untuk masuk ke university.Wanita itu pula berkahwin dengan seorang jaga yang juga pada dahulunya tidak dapat masuk ke university kerana tidak mempunyai wang.Ataupun tidak dapat meneruskan pengajiannya kerana MARA tidak mahu membayar yuran universitinya lagi?erm~
Yang aku nak cerita ni ....... setiap manusia ni macam sebuah laptop.Dia hidup dengan memakan nasik.Tapi laptop idup dengan memakan elektrik.Mana lagi murah?.Nasik atau elektrik?Mestilah nasik kan?..ke letrik..aku pon sebenarnya tak pernah kita berapa tarif letrik aku sebulan.Main bedal jer pasang heater kuat2 full blast...tapi ok la letrik bulan2 ....tak mahal sgt tak murah sgt..tapi aku rasa bil letrik aku lagi mahal daripada bil nasik aku untuk sebulan.
Fungsi laptop adalah untuk menyimpan data.Kalau tak cukup memory space,boleh cocok thumbdrive..memory stick....aataupun external hardrive.Tapi manusia punye otak ,dia punye memory unlimited.Tapi ada satu je masalah.Memory manusia ni cepat ingat dan cepat lupa.Kalau nak ingat sokmo kene la buat hari2.Tapi satu jer laptop ni walaupun dia ni memory banyak tapi dia tak berkuasa nak gunakan memory dia untuk berfikir.So,manusia puun tolonglah fikirkan camne nak bagi laptop dia berfikir.So dia pun sediakan satu program untuk membanti laptop kesayangan dia ni proses memory2 yang dia ada tu untuk buat satu2 task.Kalau ada duit boleh la beli program yang mahal dan hebat.Kalau takde duit,beli je program cetak rompak.Tapi tanpa program,laptop hanya mampu mengira nombor 1010100011100111 sahaja.1 dan 0 sahaja.Itulah bahasa komputer.Tapi dengan 2 kod itu dia dpt berfungsi jugak.(aku sebenarnye bantai tulis je pasal program2 ni .aku pon tak reti sgt sebenarnnya.Satu2nya bahasa pengaturcaraan yang aku reti is HTML..ahaks)
yang bestnya semua laptop kan sama jer.Semua makan letrik.Semua berfikir dengan gaya fikiran yang sama.Hanya yang membezakan antara satu laptop dengan laptop yang lain adalah program yang di install oleh tuannya kedalamnya.Tak de pon kita dengan yang laptop ASUS ni lagi pandai dari laptop ACER ke...IBM ke kan...Tapi manusia ada yang pandai..ada yang tak pandai...ada yg rajin..ada yg tak berapa rajin.Persoalannya sekrang...kenapa ada manusia yang pandai tahap dewa ..ada yang tak...otak semua sama jer..semua ada dua belah..semua ada neuron..semua ada corpus collasum....mungkin juga penggunaan otak tu sendiri yang tak betul kot...contoh la..2 laptop yang ada program2 yg sama.Satu laptop tu ,tuan dia rajin sgt guna program2 dalam tu untuk buat kerja.jadi kerja dia pon gempak la.Laptop yang satu lagi tu tak digunakan.Walaupon sehebat manapun program dalam tu,tapi kalau tak digunakan,satu kerja pon tak jalan.
kesimpulannya laptop atau manusia...dua2 boleh jadi hebat..kalau ada satu elemen ...iaitu tahap penggunaan yang maksima.....melalui satu sifat iaitu RAJIN.
bercakap soal rajin ni.ia berkaitan dengan motivasi jugak kan.Motivasi ni satu element yang sgt menarik jugak untuk dibincangkan sebenarnya.Kalau tak,takkan la Dr fadilah kamsah jadi pakar motivasi.Glemer plak tuh.MOTIVASI ni sangat lah perlu untuk menggerakkan kerajinan manusia.Jika badan kita perlukan nasik untuk berfungsi.Rajin pulak perlukan motivasi untuk bergerak.MOTIVASI ni kan berkaitan rapat dengan sokongan moral dan persekitaran kehidupan kita.Banyak yang kita boleh explore tentang bagaimana untuk menimbulkan motivasi diri yang hebat dalam diri manusia.Hal ni penting sangat untuk pembangunan sesebuah negara.MOTIVASI juga digunakan oleh para politician untuk memujuk orang untuk mengundinya dalam pilihan raya.DR mahathir menggukanan motivasi untuk menggerakkan rakyat Malaysia.Jadi sebelum kita jadi rajin,kita perlu ada motivasi.
p/s:Printer aku rosak.jadi aku tak rasa bermotivasi.Duit aku dah sikit jadi motivasi aku takder.Sape nak bagi aku kata2 semangat nih?...
best tak artikel kali ni..kat blog ni je dpt tulis sesuka hati.Kalau tulis camni untuk esaimen or final year projek,mesti kene baling .....ahaks....bestnya dapat tulis sesuka hati




1 comments:
best la bce artikel nie..natural...tp sye kurg faham dgn keterangan tuk pnyakit kmurungan tue..nape ad kaitan nan neurotransmitter..sbb sy ad sorang adik y nmpak depresed..stu family kami hairan..ley x tlg trangkan...
Post a Comment