Ok...level ke tiga,azma akan cerita pula jenis-jenis leukaemia,lymphoma dan myeloma dengan lebih detail.
sebelum beralih kepada topik yang lebih susah,azma ingin berkongsi kata-kata daripada Intern of the year kitorang..kata dia
"as an Intern,you don't have to know all things in
detail.but you have to know something about everything."
Yang azma rasa,kita kene tahu definisi setiap penyakit tu dengan sefaham-fahamnya.Lepas tu management dia akan jadi senang sangat.
Ok.beralih kepada topik cancer darah kita.
Pertama sekali azma nak ajar pasal Leukaemia.
Leukaemia.Leukaemia boleh jadi acute atau chronic.OLeh kerana sel darang terbahagi kepada dua jenis iaitu myeloid dan lymphoid.Jadinya leukemia ni terbahagilah ia kepada:
1.Acute lymphoblastic leukaemia.(affect T and B lymphoblast)
2.Acute myeloid leukaemia.(cancer yang membiak daripada blast cells yang berasal dari marrow myeloid elements). lebih kurang 20% pesakit dapat 3 yr survival lepas chemo.
3.Chronic lymphocytic leukaemia.(affect lymphocyte (99% B-cells)
4.Chronic myeloid leukaemia.(Cancer myeloid cells).15% daripada leukaemia adalah dari jenis ini.Ciri yang paling penting dalam CML ni adalah kehadiran philadelphia Chromosome (hibrid crhomosome hasil pertukaran antara cebisan long arm chromosome 9 dan long arm chromosome 22).Translokasi ini dinamakan t(9;22).

Lymphoma.
Lymphoma ni adalah malignant proliferations of lymphocytes.Seperti yang sedia maklum,lymphocytes ni terbahagi kepada B lymphocyte dan T lymphocte.
Lymphoma ni ada 2 jenis bergantung kepada morphologynya.
1.Non Hodgkin's(Semua lymphoma yang tak ada reed-strenberg cells.Kebanyakannya hasil pembiakan B-lymphocytes.)
2.Hodgkin's(Kehadiran Reed-sternberg cells)
Inilah rupa Reed-sternberg cells.kalau nampak nih ,patient tu ada Hodgkin's Lymphoma la dia.
Banyak sebenarnya perbezaan antara hodgkin's non hodgkin's lymphoma ni.Hal ni membezakan management 2 jenis adik beradik ini.Azma akan ajar dalam level yang sterusnya.
Myeloma.
Myeloma ni pula adalah cancer sel plasma.Sel plasma ni adalah B-cell yang mengeluarkan antibodi.Lebih separu mRNA nya menghasilkan antibodi.Mostly plasma yang mengalami pembiakan tak terkawal ni berpusat di bone marrow.So,pesakit akan mengalami kerosakan sum-sum tulang lah.Tulang pesakit pula akan berlubang-lubang(osteolytic lecsions).Oleh sebab banyak plasma cells,makanya banyak pula penghasilan monoclonal immunoglobulin yang akan dapat di kesan di dalam serum dan/atau urine.
60% drpd IgG dan IgA myeloma juga menghasilkan Ig light chain yang ditapis oleh ginjal dan dapat dikesan di dalam air kencing sebagai Bence Jones Protein.Mende alah ni akan menyebabkan kerosakan ginjal dan kadang2 amyloidosis.

DI atas adalah summary kesan myeloma ke atas badan pesakit.

Gambar radiography ini adalah lubang-lubang dalam tengkorak pesakit (pepperpot skull)
Ok...dah abis pun untuk cancer darah..sekaran ni KUizz Time:
Kuiz:
1.Apakah perbezaan antara Acute lymphoblastic leukaemia dan Chronic lymphocytic leukaemia?
2.Apakah perbezaan antara Chronic myeloid leukaemia dan Acute myeloid leukaemia.?
3.Apakah perbezaan antara hodgkin's lymphoma dan non-hodgkin's lymphoma?
4.Mengapakah pesakit myeloma juga akan mengalami kerosakan ginjal?